Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Adam.....
Maafkan
aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adam....
Aku
asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak harian lah jika
perjalanan hidupku senantiasa inginkan bimbingan darimu, senantiasa mau
terpesong dari landasan, karana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha
suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu
di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku niscaya merahlah dunia kerana
darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana
Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah
pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah
undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan
karana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan karana
sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...aku risau, gundah
dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa
aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula
untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku
tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah
menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku
agar sentiasa didalam Ridho -NYA
Tapi Adam,
nyata
dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku
telah ramai mendurhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang
ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di
jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika
terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung
kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih
dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan
aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku
ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke
muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau
duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau
perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi
menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi
seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah
kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut
tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak
jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak
pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu
dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang
dhaif ini
Adam...
Seharusnya kau tanya
dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad
SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti
psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh
dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau
sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut pengikutmu
karena kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau
lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan
nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan
alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih
Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan
alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para
sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau
Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada ALLAH YANG ENGKAU
AGUNGKAN ....
Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya
warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali
niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....Tetapi...
Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta....
tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...
Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu.....

Tidak ada komentar:
Posting Komentar